10 March 2016

Set Menyusu Shaklee Yang Hot

Manfaat Set Penyusuan Shaklee 🍃
===============================
-
Tahukah anda?

‪#‎SetMenyusuShaklee‬ merupakan antara set Shaklee yang PALING POPULAR sejak tahun 2009. 👍
-
Penyusuan susu ibu merupakan salah satu cara TERBAIK untuk pemakanan bayi anda. Seperti yang kita sedia maklum susu ibu mengandungi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh bayi untuk kesihatan dan tumbesaran yang sihat dan normal.
-
Banyak kajian menunjukkan penyakit berkaitan pernafasan dan meningitis KURANG BERLAKU di kalangan bayi susu ibu. Ini adalah kerana SUSU IBU mengandungi sel-sel imun semulajadi seperti ANTIBODI yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan penyakit.
-
Oleh sebab itu sangat penting bagi ibu menyusu menjaga pemakanan yang sihat bagi mengekalkan pengeluaran susu ibu yang sihat dan lancar.
-
Berikut adalah cadangan nutrisi yang sesuai diambil oleh ibu-ibu menyusu. Antara vitamin yang memberi manfaat kepada ibu dan bayi ialah :
-

✅ PROTEIN
 Bayi memerlukan banyak protein untuk membantu pertumbuhan yang sihat kerana protein merupakan asas tubuh badan kita. Sel tubuh kita dihasilkan daripada protein yang sihat.
-
 Protein dari sumber yang baik juga penting untuk menggalakkan penghasilan susu ibu yang lancar.
-
✅ MULTIVITAMIN
 Membekalkan vitamin dan mineral penting yang ibu-ibu tidak dapat perolehi dari diet harian. Vitamin dan mineral yang sihat membantu menghasilkan susu ibu yang kaya dengan nutrisi serta dapat menyokong kesihatan ibu dan anak menjadi lebih baik.
-
✅ BCOMPLEX
 Membantu memelihara kesihatan sistem saraf bayi, penghasilan hormon, pembentukan sel darah merah dan membekalkan sumber tenaga kepada sel.
-
✅ VITAMIN C
 Penting untuk pembentukan dan pembaikan tisu badan, yang mana ia sangat penting dalam proses tumbesaran bayi.
-
✅ KALSIUM
 Susu ibu terdiri daripada lebih kurang 40% kalsium. Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan tulang dan gigi bayi.
-
✅ OMEGA 3
 Asid lemak Omega-3 dapay membantu perkembangan otak dan mata bayi. Kajian saintifik telah membuktikan lebih banyak Omega-3 yang terdapat di dalam otak dapat membantu neuron berkomunikasi dengan lebih baik.
-
✅ ALFALFA
 Mengandungi banyak nutrien dan vitamin penting seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zinc dan Zat besi.
-
 Alfalfa juga banyak digunakan secara tradisional oleh ibu menyusu sebagai milk booster.
-

Berminat dengan set menyusu ini boleh hubungi saya:

No comments:

Post a Comment

NA Empire © . Designed by MaisarahSidi.com