INSYAALLAH ADA REZEKI LAIN NANTI

INSYAALLAH ADA REZEKI LAIN NANTI

INSYALLAH ADA REZEKI LAIN NANTI

Assalamualaikum, 

Salam tengahari, kan Ibu dah janji nak jumpa lagi kan.Moh, kita sambung ceritera kita.

7 April 2017 (Jumaat)
Seperti biasa hari ni , abang Iqbal dengan Abang Ikram pergi training bola kat sekolah. Ibu dan abang Irfan duk rumah. Abang Irfan cam biasa la, mengadap tv tengok kartun. Ibu kemas-kemas rumah dan masak tengahari. Dalam jam 12 tengahari dah siap semuanya. Ibu pun duduk dalam bilik merehatkan diri. Tiba- tiba Ibu rasa ada sesuatu mengalir dalam kain batik yang Ibu pakai. Ya Allah, DARAH! Darah fresh mengalir. Ibu dah mengigil. Ibu duduk atas katil. Kepala ni dah fikir macam-macam. Dulu masa Abang Irfan, ada juga darah keluar tapi setompok jek. Lepas tu alhamdulilah takde keluar dah. Ni ibu kena tunggu Ayah balik solat jumaat. 

Jam 2.10 petang, Ibu whatsapp Ayah. Ayah terkejut. Ayah tanya Ibu ada buat kerja berat apa tadi. Ibu kata takda ape, cuma kemas rumah dan masak jek. Balik solat Jumaat, Ayah terus ajak Ibu p klinik. Kitaorang pun terjah Klinik Siti kat Indahpura. Bila dah scan semua, Doktor still tak nampak kamu sayang. Hanya kantung sahaja dan tidak membesar seperti mana sepatutnya. Doktor suruh ibu rehat banyak- banyak.Sekali lagi, benda yang sama Ibu dengar.

Petang tu, tengah-tengah Ibu rehat, keluar lagi darah tapi tak banyak, macam darah period gitu. Ibu bagitau Ayah, Ayah ajak pergi hospital. Lepas maghrib ibu dan Ayah pun ke Hospital Kulai. Abang-abang semua ibu hantar pergi rumah mak Ngah. Ramai nye orang sakit malam tu. Menunggu dari pukul 8.30 malam, pukul 11.30 baru nama Ibu kena panggil. Doktor Imran check ibu, Doktor kata awak memang dah takde sayang. Ibu gugur sayang. Doktor bagi Ibu masa seminggu, suruh kantung tu jatuh sendiri.15hb kalau tak keluar jugak . kena pergi Hospital Sultanah Aminah JB. Malam tu patutnya Ibu hantar ESP Shaklee kat customer tetap Ibu tapi customer Ibu yang datang ke hospital amik barang. Dia simpati dengan Ibu. Alhamdulilah, bersyukur Ibu dapat customer macam Kak Zai. Terima Kasih Kak ZAI.

Hari-hari berikutnya, ibu pergi kerja seperti biasa. Tiada rasa sakit apa pun sayang. Kawan-kawan Ibu pun pelik, betul ke kau gugur. Tak macam orang sakit pun. ibu kuat sayang.



16 April 2017 (Ahad)
Hari ni Ibu ada appointment dengan Doktor kat HSAJB. Tapi bila nama Ibu kena panggil, staff kat situ suruh Ibu datang minggu depan sebabnya Doktor hospital Kulai takde buat appointment pun untuk Ibu. Maka Ibu pun naik kerja lagi petang tu.

Seminggu lagi Ibu bertahan dengan kamu sayang. Ibu pergi kerja seperti biasa. Tapi Ibu berjaga-jaga jugak, takut kamu keluar kat opis. Haru jadinya nanti. Ibu ada juga rasa sakit sikit-sikit macam senggugut gitu, tapi Ibu masih mampu bertahan lagi. Ada juga keluar darah ketul-ketul tapi kuantiti yang sikit jek.



23 April 2017 (Ahad)
Ibu datang lagi untuk appointment dengan Doktor. Ayah tetap setia teman Ibu. Setelah 1 jam, nama Ibu pun dipanggil. Setelah di check up. Ibu pun redha.Doktor kata kamu tak membesar, so kena cuci. Seriau ibu dengar kena cuci tu tapi Ibu kena kuat. 25hb Ibu kena admit wad.Malam tu ibu dah tak boleh tido.



25 April 2017 (Selasa)
Pagi ni jantung Ibu berdebar-debar.Ayah ajak breakfast kat Restoren ZZ Sup Tulang Nak makan pun tak selera. Jam 10 pagi, Ibu pun check in Kat HSAJB. Setelah bertukar uniform hospital, Ibu pun check in .Masuk-masuk jek wad, dah kena amik 3 tabung kecik darah. Masa terus berlalu.Nasib Ibu baik sebab dapat kawan se wad yang baik-baik. Sekurang-kurangnya tak le Ibu melayan perasaan sedih tu.Nenek baru lepas call, nenek cakap Abang Ikram duduk termenung jek sebelum pergi sekolah teringatkan Ibu. Sian Abang.



26 April 2017 (Rabu)
Pagi-pagi lagi dah bangun bersihkan diri. Takut-takut toilet penuh nanti.Sarapan pagi tu  semua macam tak lalu. Jam 9 pagi, nurse datang masukkan air dalam badan Ibu dan start puasa. Ibu sengaja tak bagi tau sesiapa , Ibu kat wad brapa saja tak nak makin rasa takut.Petang jek waktu melawat Ayah datang. Sebelum tu jam 4.30, Ibu dah kena masukkan ubat untuk lembutkan rahim. Sejam lepas tu, Ibu dah rasa sakit-sakit macam nak senggugut tu tapi Ibu boleh tahan lagi.Tak lama lepas tu Ibu sesuatu mengalir, cepat-cepat Ibu suruh Ayah panggil Nurse. Nurse bawa Ibu jumpa doktor. Doktor  check dan Doktor kata nak check sikit .Doktor masukkan alat kat bawah, terasa benda tu terodok-rodok dalam perut Ibu. Tak lama lepas tu, doktor keluarkan darah beku. Pastu doktor scan lagi, dokotr kata masih ade lagi sisa dalam perut Ibu.So terpaksalah ibu bertahan. Tidur bangun, tidur bangun dan masa berlalu. Jam 11.30 malam nurse datang bawa baju putih, suruh Ibu salin, nak buat operation. Masa Ibu ditolak ke bilik pembedahan. Fuh, makin berdebar-debar. Rasa nak meloncat dari katil tu. Tu ler first time Ibu masuk bilik tu. Ibu di bius separuh badan dan dipasang wayar-wayar. Hanya siling bilik operation tu dalam pandangan Ibu. Ibu dengar segala bunyi alat-alat dalam bilik pembedahan tu.Dalam 15 minit dalam bilik pembedahan tu, maka settle lah semuanya. Maaf kan Ibu sebab terpaksa melepaskan mu sayang.Tunggu Ayah, Ibu dan Abang-abang di sana ye. Hampir 6 jam baru ubat bius habis.



27 April 2017 (Khamis)
Hari ni Ibu dah lega sikit. Segalanya berjalan lancar. Makan pun dah ada selera sikit. Tengahari Ibu dah boleh balik, Ibu dapat cuti 2 minggu ! Sementara nak tunggu Ayah ambil Ibu., ibu sembang-sembang dengan kawan-kawan sebelah katil. Bertukar-tukar no telefon. Semoga hubungan ni tak terputus begitu sahaja. Maafkan Ibu ye Sayang sebab terpaksa melepaskanmu. Walaupun hanya 3 bulan kamu dalam perut Ibu, Ibu tetap akan mengingati dirimu sampai bila-bila.KAMI SAYANG DAN AKAN MERINDUIMU SAYANG.




#PengedarShakleeTamanPutriKulaiJohor
#PengedarShakleeSalengSenaiJohor
0127350098






KELAHIRAN YANG DINANTI

KELAHIRAN YANG DINANTI


KELAHIRAN YANG DINANTI.

Period dah lewat 3 minggu, saja jek gatal-gatal tangan ni nak buat UPT kat rumah. Ibu pun suruh Ayah belikan UPT kat farmasi. Sebenarnya dah lama Ayah suruh ibu buat UPT tu tapi Ibu yang sengaja lengah-lengahkan. Ayah yang teruja lebih sebenarnya, maklumlah umur abang Irfan dah nak masuk 6 tahun, dah patut dapat adik lagi, Ayah kata.



28 Februari 2017 (Selasa) 
Jam 5.30 pagi, Ibu  Ibu bangun pagi, madi dan bersiap- siap nak pergi kerja.Ibu pun buat UPT tu,Alhamdulilah..positif, dua line. Ayah senyum gembira sampai ke telinga.


9 Mac 2017 (Khamis)
Hari ni besday Ibu yang ke 37 Tahun. Sampai jek opis, tetiba dapat jambangan coklat. Rupanya Ayah n the gang buat surprise. Ayah memang romantik tau sebenarnya.Hehehe. Time bercinta dulu, Ibu selalu dapat bunga dari Ayah. Ibu ingatkan nak diam-diam jek sebab ibu dapt surprise tu, rupanya kawan-kawan opis ibu dapat bau. Maka tak henti-henti la diaorg sakat Ibu. Malam tu Ayah, beria-ria ajak Ibu p buat scan. Maka Ibu pun ajak Ayah p Klinik Jamiah. Baik doktor Jamiah ni, lemah lembut jek orangnya. Doktor pun scan perut Ibu tapi Doktor tak nampak pun baby Ibu, hanya nampak kantung nye. Doktor suh datang lagi dua minggu, mungkin baby kecik lagi, doktor kata.




13 Mac 2017 (Isnin)
Harini Ibu ke Klinik Desa Saleng untuk buat buku pink. Bermulalah rutin yang Ibu tinggalkan 5 tahun lalu. Dah hampir 1 jam, nama Ibu dipanggil. Alhamdulilah semua ok. Lagi dua minggu Ibu kena ke Klinik Kulai Besar plak, Jumpa doktor.




27 Mac 2017 (Isnin)
Hari ni Ibu ada appointment dengan doktor kat Klinik Kulai Besar jam 2 petang. Doktor musykil, betul ke awak mengandung sebab tak nampak apa-apa. Doktor try lagi, baru nampak kantung jek. Doktor tanya lagi, betul ke period awak?. tak lari ke tarikh dia? Kalau ikut kat scan ni baru 6 minggu. Kecik sangat dari tarikh period awak. Doktor suruh Ibu buat UPT lagi. Alhamdulilah positif. Doktor suruh datang lagi 2 minggu.


Ibu stop di sini dulu ye. Esok sambung lagi....


HQ SHAKLEE YANG MELETOP

HQ SHAKLEE YANG MELETOP

Ahai..teruja betul tengok HQ Shaklee yang baru ni. Macam kita shopping kat shopping mall giteww. Amik bakul dan boleh terus belek-belek produk apa yang kita nak beli dan buat bayaran terus ke kaunter. Yang seronoknya kita nampak produk tu depan mata. HQ Shaklee ni dah mula beroperasi pada 25 April 2017 aritu.



ni alamat baru HQ Shaklee.



Yang duduk area Sunway tu boleh pakat terjah. Kami yang kat Johor ni pun mengelitis jek nak ke sana.

Kepada sesiapa yang belum daftar jadi ahli boleh lah www.wasap.my/60127350098/
Takkan tak nak merasa shopping kat Shaklee yang gah gitu.



NA Empire © . Designed by MaisarahSidi.com