22 March 2016

FENOMENA EL NINO DAN STROK HABA

Akibat fenomena EL Nino yang dijangka melanda negara pada minggu ini suhu dikatakan mampu mencecah sehingga 40 darjah Celsius. Fenomena ini adalah disebabkan oleh matahari terletak secara langsung di atas garisan Khatulistiwa.
Ini boleh menyebabkan penyahhidratan dan strok haba atau heat stroke. Gejala strok haba ini boleh membawa kepada kematian.

Strok haba berlaku apabila badan mencapai paras suhu sehingga bacaan mencecah 40.5 darjah Celsius. Suhu ini sangat tinggi berbanding suhu normal manusia kira-kira 37 darjah Selsius. Punca strok haba adalah kerana pendedahan yang berpanjangan terhadap cuaca dan suhu panas, kurangnya minum air serta berlaku dehidrasi pada badan.

Antara tanda-tanda berlakunya strok haba adalah

1. Sakit kepala yang berdenyut.
2. Berasa  mual.
3. Denyutan nadi yang pantas.
4. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.
5. Otot lemah dan kejang.
6. Mengalami muntah.
7. Kulit menjadi kering dan kemerahan.
8. Sawan serta pitam.

Kesan buruk ini lebih berisiko kepada golongan berikut:

a. Kanak-kanak  berumur 5 tahun ke bawah.
b. Warga emas berusia 60 tahun ke atas.
c. Pesakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi.
d. Atlet, pekerja binaan dan pekerja di lapangan.
e. Anggota keselamatan yang berada dalam perbarisan dalam jangka masa yang lama.

Antara kesan buruk mereka yang mendapat stork haba adalah komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kepada kematian.

Kementerian Kesihatan menggariskan beberapa panduan menghadapi fenomena cuaca panas yang mesti diamalkan oleh anda seisi keluarga.

1. Elak keluar rumah semasa matahari sedang terik iaitu antara pukul 10 pagi hingga 3 petang.

2. Kurangkan aktiviti di luar terutama melibatkan aktiviti fizikal yang boleh menyebabkan berlakunya dehidrasi.

3. Pakai pakaian yang menyerap peluh dan elakkan memakai pakaian yang tebal, ketat dan berwarna hitam/gelap ketika cuaca panas. Pakaian gelap akan meningkatkan cepat berasa panas dan berpeluh.

4. Jika berada di luar rumah gunakan payung atau topi.

4. Minum banyak air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

5. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan pengambilan makanan yang berminyak, terlalu keras, terlalu manis dan daging merah yang boleh meningkatkan lagi suhu badan.

6. Jika badan terlalu panas, mandi dengan air suam. Air yang sejuk akan menyebabkan otot mengecut kuat dan kita mengalami rasa sakit badan.

Bagi mereka yang mengalami batuk, selesema, asma, jangkitan paru-paru dan penyakit kronik lain, sila dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital dengan segera.
kredit to Pa@& Ma

No comments:

Post a Comment

NA Empire © . Designed by MaisarahSidi.com