03 May 2017

KELAHIRAN YANG DINANTI


KELAHIRAN YANG DINANTI.

Period dah lewat 3 minggu, saja jek gatal-gatal tangan ni nak buat UPT kat rumah. Ibu pun suruh Ayah belikan UPT kat farmasi. Sebenarnya dah lama Ayah suruh ibu buat UPT tu tapi Ibu yang sengaja lengah-lengahkan. Ayah yang teruja lebih sebenarnya, maklumlah umur abang Irfan dah nak masuk 6 tahun, dah patut dapat adik lagi, Ayah kata.



28 Februari 2017 (Selasa) 
Jam 5.30 pagi, Ibu  Ibu bangun pagi, madi dan bersiap- siap nak pergi kerja.Ibu pun buat UPT tu,Alhamdulilah..positif, dua line. Ayah senyum gembira sampai ke telinga.


9 Mac 2017 (Khamis)
Hari ni besday Ibu yang ke 37 Tahun. Sampai jek opis, tetiba dapat jambangan coklat. Rupanya Ayah n the gang buat surprise. Ayah memang romantik tau sebenarnya.Hehehe. Time bercinta dulu, Ibu selalu dapat bunga dari Ayah. Ibu ingatkan nak diam-diam jek sebab ibu dapt surprise tu, rupanya kawan-kawan opis ibu dapat bau. Maka tak henti-henti la diaorg sakat Ibu. Malam tu Ayah, beria-ria ajak Ibu p buat scan. Maka Ibu pun ajak Ayah p Klinik Jamiah. Baik doktor Jamiah ni, lemah lembut jek orangnya. Doktor pun scan perut Ibu tapi Doktor tak nampak pun baby Ibu, hanya nampak kantung nye. Doktor suh datang lagi dua minggu, mungkin baby kecik lagi, doktor kata.




13 Mac 2017 (Isnin)
Harini Ibu ke Klinik Desa Saleng untuk buat buku pink. Bermulalah rutin yang Ibu tinggalkan 5 tahun lalu. Dah hampir 1 jam, nama Ibu dipanggil. Alhamdulilah semua ok. Lagi dua minggu Ibu kena ke Klinik Kulai Besar plak, Jumpa doktor.




27 Mac 2017 (Isnin)
Hari ni Ibu ada appointment dengan doktor kat Klinik Kulai Besar jam 2 petang. Doktor musykil, betul ke awak mengandung sebab tak nampak apa-apa. Doktor try lagi, baru nampak kantung jek. Doktor tanya lagi, betul ke period awak?. tak lari ke tarikh dia? Kalau ikut kat scan ni baru 6 minggu. Kecik sangat dari tarikh period awak. Doktor suruh Ibu buat UPT lagi. Alhamdulilah positif. Doktor suruh datang lagi 2 minggu.


Ibu stop di sini dulu ye. Esok sambung lagi....


No comments:

Post a Comment

NA Empire © . Designed by MaisarahSidi.com